Thank u for visiting mischievous_yeen territory
The only way to sharing new idea, feeling, thought and happiness.. keep it up..
Saturday, February 19, 2011
Apa nak di kata
Thursday, July 15, 2010
HARI INI BAGAIMANA AKU....
Sunday, July 11, 2010
LEWAT TENGAH MALAM

Lewat Tengah Malam, sebuah filem seram Indonesian, menceritakan kisah Tara (35), seorang janda dengan anak perempuannya Alice, yang tinggal di sebuah apartment. Di apartment tersebut, Alice sering diganggu oleh hantu perempuan.
Tara tidak mempercayainya. Satu hari Alice bertemu Ramon (17) yang mengambil berat tentang Alice. Keintiman mereka berdua menyebabkan Melvi cemburu. Melvi meminta Ramon membuat pilihan antara dia dan Alice.
Alice masih lagi diganggu oleh hantu perempuan tersebut, sementara Yoga, bekas suami Tara, turut diganggu oleh hantu yang sama. Rupa-rupanya hantu tersebut adalah jelmaan bekas teman wanita Yoga yang telah mati semasa menggugurkan kandungannya. Mayat yang dijumpai di dalam peti sejuk di apartment itu menjawab segala misteri yang timbul.
BANGKU KOSONG

Seorang guru baru bernama Cikgu Grace menggantikan Cikgu Melisa yang telah meletak jawatan dari Sekolah Permata Purti. Semua guru, termasuk Cikgu Janet, gurubesar sekolah tidak tahan dengan pelajar kelas 3A yang bersikap buruk, terutamanya Destin, Nancy and Adela.
Cikgu Grace memaksa Dinda duduk di depan untuk mengisi “bangku kosong” di depan meja guru yang biasanya dikosongkan. Selepas itu, kejadian aneh telah berlaku kepada Dinda dan dia dapat merasa kewujudan seorang gadis (Clara) yang telah hilang 4 tahun yang lalu.
Kejadian aneh bukan sahaja berlaku kepada Dinda, malah melibatkan Adela, Destin dan Nancy. Mereka dirasuk hantu wanita dan kemudian didapati mati dalam keadaan yang mengerikan. Kejadian ini telah mengempakan seluruh sekolah dan Cikgu Grace dan Dinda cuba menyiasat rahsia yang tersimpan di “bangku kosong” tersebut…
Mampukah Cikgu Grace dan Dinda mendedah misteri “bangku kosong” tersebut? Adakah Clara akan kekal sebagai pemilik “bangku kosong” tersebut?
MALAM JUMAT KELIWON

Suatu masa dahulu, seorang wanita bernama Suci dihukum oleh masyarakat kerana dipercayai sebagai seorang dukun santet yang banyak membunuh manusia. Sebelum mati, Suci mengucapkan sumpahan, mengutuk tanah tersebut dan akan membalas dendam.
Kini, tempat dimana sumpahan itu berlaku telah dibangunkan menjadi sebuah rumah penginapan. Walaubagaimanapun, setiap malam Jumaat Kliwon, mereka yang menginap di tempat tersebut akan dirasuki malah ada yang mati.
Selepas menghadiri sebuah parti, empat orang remaja – Ramon, Dhika, Sheila dan Joana menjadi buruan polis apabila seseorang menganiayai mereka dengan meletakkan dadah di dalam kenderaan mereka. Ketika melarikan diri, mereka menemui rumah penginapan tersebut yang tidak berpenghuni.
Kejadian-kejadian yang menakutkan mulai terjadi. Mereka bukan sahaja diganggu oleh hantu Suci, malah hantu-hantu mereka yang pernah dibunuh oleh Suci suatu ketika dahulu.
Hantu Suci merasuki mereka satu per satu dan membuat mereka saling membunuh. Tidak ada cara menghentikan hantu Suci untuk membunuh di setiap malam jumaat kliwon.
TUSUK JELANGKUNG

Di dalam filem susulan selepas filem seram Indonesia ‘Jelangkung’, kisah bermula apabila Rea (Marcella Zalianty) mengajak teman lelakinya Zacky (Iqbal Rizantha) bermain papan pemujaan dipanggil Jelangkung bersama rakan-rakan yang lain.
Rakan-rakan Rea yang bernama Visi (Dinna Olivia), Dudung (AA Gde Wipra) dan Unay (Thomas Y Nawilis) menolak pelawaan Rea. Mereka mengingatkan Rea tentang bahaya permainan memanggil roh itu. Bagaimanapun, Rea langsung tidak ambil kisah.
Malahan, apabila abang kepada Zacky, Zul (Ian Bachtiar) menyatakan akibat buruk bermain Jelangkung, Rea langsung tidak memperdulikannya. Dengan rasa ingin tahu yang kuat, maka Rea pun berazam untuk bermain Jelangkung.
Permainan Rea rupa-rupanya menjadi mimpi ngeri. Bermula dari malam Rea bermain Jelangkung tersebut, sambil disaksikan oleh rakan-rakannya, lima dari mereka telah diganggu oleh roh jahat dengan cara yang berbeza. Rea cuba untuk mematahkan sumpahan Jelangkung itu.
Abang Zacky, Zul, yang mendapat tahu kisah mereka yang diganggu roh jahat tersebut, mengambil keputusan untuk membantu mereka dengan pertolongan kawannya, Marcel. Zul membawa mereka berjumpa dengan Dukun Sakimin, yang pernah mengubati masalah sekumpulan remaja yang sama seperti mereka, iaitu kumpulan di dalam filem Jelangkung yang pertama.
Dukun Sakimin amat marah apabila mengetahui bahawa mereka telah menghubungi roh jahat tersebut. Dan, roh yang dipanggil Turah adalah roh dari filem yang pertama. Dukun Sakimin juga menyedari bahawa mangsa dari filem pertama, tidak mengeluarkan patung Jelangkung yang telah mereka masukkan ke dalam kubur di perkampungan Angkerbatu.
Tanpa berlengah, Dukun itu menyuruh mereka pergi ke Angker Batu dan mengeluarkan patung Jelangkung tersebut. Masa semakin suntuk, jadi mereka pun bertolak dari Jakarta menuju ke Angker batu.
Dalam perjalanan, mereka menemui kejadian yang seram dan menakutkan. Mereka melihat bayangan-bayangan hantu yang mengerikan. Setelah mereka berjaya mengeluarkan patung tersebut, mereka pulang ke Jakarta.
Bagaimanapun, mereka masih lagi dikacau oleh hantu. Malah lebih menyeramkan dan menakutkan. Mereka berjumpa semula dengan Dukun Sakimin dan akhirnya menemui jawapan kepada permasalahan mereka apabila Dukun Sakimin berjaya menghubungi roh itu. Roh itu memberitahu Dukun Sakimin untuk menyuruh mereka pergi ke Parang Getih dan berjumpa dengan Tiroh yang boleh membongkarkan rahsia Jelangkung itu.
Perjalanan mereka ke Parang Getih memaksa mereka merentasi tempat-tempat yang dikatakan berpuaka. Seorang demi seorang melihat bayangan hantu tersebut. Adakah mereka akan berjaya melakukan apa yang telah diarahkan oleh roh itu?




